Mari Merancang Masa Cuti!

“Lamanya cuti ni… Agaknya apa yang aku boleh buat? Tapi, dah diberi cuti panjang camni, memang makan-tidur-makan-tidur la jawabnya.” Itulah biasa yang kedengaran apabila musim cuti panjang tiba daripada para pelajar dan tak terkecuali aku juga.. Tapi, hal ni boleh dikatakan dilema yang dialami oleh golongan pelajar seperti aku kerana diberikan tempoh cuti yang agak panjang dalam pengajian. Dalam situasi pelajar sekolah pula, cuti yang diberikan semestinya memberikan kegembiraan buat mereka kerana mereka boleh lakukan apa yang diingini. Tidak terkecuali juga para mahasiswa (cam aku) di pengajian tinggi. Cuti semester yang lama seolah-olah ‘syurga’ sementara buat mereka kerana tidak perlu terkejar-kejar menyiapkan assignment dan membuat persiapan bagi presentation. Allah SWT berfirman dalam surah al-Mujahadah ayat 11 yang bermaksud: “Nescaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman dalam kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan (dalam kalangan kamu) beberapa darjat.”

Share

Sebaik-baik Raja, Sebaik-baik Tentera

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, ”…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Umat Islam kemudiannya berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen ketenteraan yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen pada zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen pada zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Share

Bagaimanakah Cara Berhari Raya?

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:  “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” – Surah al-Maaidah: 3. Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkara seperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan Muttaqin (orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

Share

Nuzul Quran Dirai, Isi Al-Quran Diteliti

Segala puji bagi Allah Azza wa Jalla, kerana peristiwa besar Nuzul al-Quran (penurunan al-Quran) diingat dan dikenang di negara kita sebagai hari cuti umum. Sekurang-kurangnya ia menjadikan kita mengingati peristiwa ini. Ia merupakan peristiwa penting berkaitan dengan sejarah al-Quran secara langsung. Kitab hidayah yang menjadi petunjuk kepada seluruh makhluk. Ia menjadi asas keimanan kita terhadap kitab ini, dan juga terhadap kerasulan nabi SAW. Walaupun terdapat perdebatan dalam kalangan para ilmuan tentang tarikh sebenar peristiwa penting ini, ini bukan bermakna mengurangkan nilai kesahihan isi kandungannya. Sebenarnya terdapat beberapa pendapat tentangnya iaitu ada yang mengatakan ia berlaku pada 7, 17, 18, 21 dan 24 Ramadhan. Kemungkinan negara kita mengambil pendapat yang menyatakan ia berlaku pada 17 Ramadhan sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Kathir (774H), katanya:

Share
Thanks to WebHostingBreak for their iPage Review.