Apabila disebut dosa dan pahala, pasti kita semua maklum mengenainya. Sifirnya mudah; buat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa. Namun ada juga yang begitu skeptikal dengan dosa dan pahala, maklumlah perkara yang tidak nampak. Atau tidak terasa apa-apa dengan dosa dan pahala disebabkan dek terlindungnya urusan tersebut dari pandangan mata manusia. Perkara sam’iyyat lah katakan. Alasan mudah, dosa dan pahala bukan manusia yang tentukan! Memang benar, dosa pahala yang natijahnya sama ada neraka atau syurga, bukan manusia penentunya. Manusia masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana rahmat Allah. Benar sekali. Walau bagaimanapun, dalam kehidupan pasti ada keseimbangannya. Malam ada siangnya, hidup ada matinya, syurga ada lawannya iaitu neraka. Begitulah juga ada perkara baik dan buruk yang menatijahkan pahala atau dosa.
Bila Dosa Jadi Biasa…
August 10th, 2011
razif Warkah Ramadhan Buat Sahabatku…
August 6th, 2011
razif 
Assalamualaikum. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Apa khabar sahabatku yang sedang membaca surat ini? Saya harap sahabat sihat walafiat. Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi saya kekuatan untuk menulis surat ini. Ingin saya meminta maaf terlebih dahulu sekiranya surat ini akan mengguris hatimu wahai sahabat. Saya tidak kuat untuk berbicara denganmu secara berhadapan. Saya hanya manusia kerdil yang hina dan merasakan tidak layak untuk tegur dirimu wahai sahabat namun saya perlu lakukannya. Tatkala sahabat inspirasiku memberi tazkirah tentang ‘Kewajipan Berdakwah’ dalam usrah bernama ‘Islamic Circle’ membuatkan saya rasa terpikul tanggungjawab untuk mengutus surat ini padamu. Terungkapnya teguran ini adalah kerana saya kasih padamu, sahabat. Saya ingin mengajakmu ke arah kebaikan bersama denganku, agar kita sama-sama berjuang di jalan-Nya. Saya sangat sedih melihat dirimu masih dengan duniawi yang sementara sedangkan dirimu patut mengejar Akhirat sana yang semakin hampir.
Segalanya Kerana Niat
August 3rd, 2011
razif
Menjelang Ramadhan setiap kita berusaha meningkatkan pembersihan jiwanya. Mendekatkan diri kepada Allah. Mengakui sesuatu yang benar itu benar sekalipun ia menyanggah kepentingan dan kehendak diri kita. Mengakui yang salah itu salah, sekalipun kita sudah terbabit dengan yang salah tersebut. Ini bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan kekentalan jiwa yang dibina di atas niat yang ikhlas dalam perjuangan hidup di atas muka bumi ini. Hidup yang berteraskan keyakinan bahawa setiap kita akan menghadap Allah s.w.t. dan Dia menghisab segala amalan baik dan buruk yang telah kita lakukan. Perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam jantung hati, atau niatnya. Perbuatan yang dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan. Tidak lebih daripada itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan, harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat. Justeru dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
Andainya Ini Ramadhan Terakhirku…
August 1st, 2011
razif
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan! Selamat bertemu kembali dengan bulan rahmat, maghfirat dan keberkatan! Bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan al-Quran kerana dalamnya pernah berlaku peristiwa  Nuzul al-Quran. Ramadhan juga disebut khemah latihan takwa kerana objektif puasa itu sendiri adalah untuk mendidik ketakwaan dalam diri Mukminin. Puasa hendaklah dilaksanakan dengan “manual” lahir dan batin seperti yang telah ditetapkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w. Latihan berlapar pada siang hari itu perlu diikuti dengan pakej latihan yang berbentuk hablumminallah dan hablumminannas. Antara pakej latihan itu ialah solat Tarawih, membaca al-Quran, memperbanyakkan sedekah, beriktikaf di masjid dan qiamullail. Perlaksanaan puasa mesti mengikut hukum sah dan batalnya, syarat-syarat dan adab-adab yang telah ditentukan melalui sunnah Rasulullah s.a.w. Ia tidak boleh dilaksanakan mengikut adat, nilai tradisi atau kebiasaan semata-mata.









